بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Blog ini bertujuan untuk memberikan penerangan dan gambaran awal berkenaan khidmat yang ditawarkan oleh En. Zainal Abidin.

Berkongsi pengalaman dan foto-foto menarik ketika menguruskan katering di rumah-rumah pelanggan.

Menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, aqiqah, majlis kesyukuran dan lain-lain. Turut menawarkan khidmat kerja-kerja pembinaan rumah peneroka di kawasan sekitar Felda Chini.

Untuk tempahan/pertanyaan berkenaan katering dan kerja-kerja pembinaan sila hubungi:

En. Zainal Abidin
09-4567315
013-9025267

Thursday, 31 December 2015

Malam Gala Felda Chini 5

Ucapan Selamat Tahun Baru 2016 buat semua.
Artikel pertama blog ini dimulakan dengan perkongsian khidmat katering di Majlis Gala anjuran Felda Chini 5.

Hadirin seramai 80 orang telah menyerikan majlis yang berlangsung pada 30/12/2015. Zainal Catering telah diamanahkan untuk menyediakan makanan dan persiapan untuk majlis tersebut.



Senarai menu yang dihidangkan:

Minuman: 

Air Sirap
Kopi O
Tea O

Menu Utama:

Nasi Putih
Siakap 3 Rasa
Tom Yam Seafood
Sup Cendawan
Sayur Pecal
Daging Burger dan Sosej

Pencuci Mulut:

Puding Mangga
Kuih Bakar
Tembikai 
Limau



Antara jemputan yang menceriakan majlis tersebut.


Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan selesai dengan jayanya pada jam 12.00 malam. Diharapkan semua jemputan berpuas hati dengan layanan dan masakan daripada pihak Zainal Catering. Sebarang cadangan dan kritikan amatlah dialu-alukan untuk tujuan penambahbaikan.

Sekian, terima kasih.